Friday, September 18, 2009

Nak MelanCong??JOM!!PercuMA JE..




Confirm Flight ke alam barzakh -Peringatan buat diriku yang lupa

Kenangilah akan flight kita ke alam barzakh
One way flight yang tiada jalan pulang nya
Bila pergi ..ia akan selamanya
Confirm flight yang tak perlukan waiting list
Tak perlu booking dari awal
Tak ada boarding past yang perlu diambil
Tak ada last call untuk boarding
Tak ada bagasi yang perlu discan
Tak ada nombor tempat duduk yang perlu di cari
Tak ada economy class atau VIP
Tak ada senyum good morning sir dari paramugari
Tak ada juice dalam perjalanan
Tak ada demo keselamatan
Tak ada bahan bacaan untuk tatapan
Tak terlihat awan yang penuh keindahan
Dan tak ada ucap selamat dari juruterbang

Yang ada ...
Hanya check in dari Izrail
Yang akan datang memanggil
Hanya ucap selamat dari tanah perkuburan
Hanya soalan dari mungkar nakir yang menggerunkan
Hanya bacaan talqin yang menginsafkan
Hanya gelombang sakaratul maut yang menyakitkan
Hanya pertarungan ujian dengan syaitan
Yang cuba menyesatkan aqidah dengan seribu penyamaran
Hanya iringan Yasin dan bacaan Al-Quran
Dari anak yang soleh, rakan dan taulan
Hanya amalan akan discan
Dengan penuh detail dan ketelitian
Walau sebesar zarah akan dihitung
Segala perbuatan kita akan ditanggung
Amalan soleh atau toleh
Begitulah adilnya Tuhan
Tidak membiarkan sebarang penganiayaan
Untuk rujukan di liang perkuburan
Jika mulia jadilah taman syurga
Kalau hina.. Jadilah lubang neraka

Kita confirm akan ke sana
Tak ada yang terlepas dari persoalannya
Awas..dan beringatlah
Confirm flight ini akan tiba jua
Bukankah rasul telah bersabda
Cukuplah mati sebagai peringatan
Tiada tiket yang menunjukkan masa
Tiada transit di mana-mana
Tanpa mengetahui bilakah masa nya
Semua nya hanya ada
Dalam pengetahuan Tuhan yang Esa
Maha Mentadbir dan mengetahui segala-gala nya

SaPe Kata X boLey Buat MakSiat??Tapi :

5 syarat nak buat maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.